Dalam bidang
zoologi,
benih (
bahasa Inggeris: spawncode: en is deprecated ) merupakan
telur dan
sperma yang dilepaskan ke dalam air oleh
haiwan akuatik. Proses melepaskan telur dan sperma itu digelar
pembenihan (spawningcode: en is deprecated ). Kaedah pembiakan ini dilakukan oleh hampir semua haiwan akuatik kecuali
mamalia dan
reptilia.Benih terdiri daripada sel-sel pembiakan (
gamet) yang didatangkan oleh kebanyakan haiwan akuatik; ada di antaranya akan
disenyawakan dan menghasilkan zuriat. Proses pembenihan biasanya melibatkan betina melepaskan
ovum (telur belum tersenyawa) ke dalam air, selalunya secara besar-besaran, manakala jantan melepaskan
spermatozoa (
air mani) secara serentak atau bergilir-gilir untuk mensenyawakan telur itu.
[1][2][3]Kebanyakan jenis ikan membiak secara membenih, dan begitu juga dengan banyak haiwan akuatik lain, termasuk
krustasea seperti ketam dan udang,
moluska seperti tiram dan sotong,
ekinoderma seperti landak laut, tapak sulaiman dan gamat,
amfibia seperti katak dan
kodok,
serangga akuatik seperti nyamuk, dan juga
cnidaria seperti
batu karang yang sebenarnya haiwan akuatik kecil dan bukan tumbuhan.Terdapat pelbagai kaedah pembenihan mengikut perbezaan anatomi antara jantina, hubungan sesama jantina, tempat dan cara pelepasan benih dan cara perlindungan benih.